Wednesday, 23 April 2014

Hari ini aku menjejakan kaki ku ke menara gading. Tidak pernah terlintas untuk aku berada di sini. Syukur Alhamdulillah Allah. Aku menyambung pelajaranku di Universiti tempatan. Dengan keputusan SPM yg bagaikan biasa biasa ini. Aku bersyukur kerna terpilih. Tidak pernah aku rasa berjauhan dengan kedua ibu bapaku. Mampukah diri ini? Aku meninggalkan rumah dan bergerak ke menara. Dalam perjalananku pelbagai yang terlintas di kotak pemikiran ini. Bagaikan mimpi ada juga. Tapi aku cekalkan diri. Sampai sahaja di institut pengajian ni aku melihat wajah-wajah dengan penuh keriangan. Aku melihat tempat ini hanya mampu mengatakan 'ok'. terpelusuk dalamnya tempat pengajian ku ini..Tak mengapa mungkin ada hikmah nya. Pujukan diri ini. Apabila aku siap berdaftar aku di kehendaki naik ke kolej menghantar barang-barang ku. Di Universiti ini kolej adalah asramah atau rumah pelajar. Bila keluarga ku mahu pulang aku tahan daripada 'banjir'. Mak dah banjir dah. Bila mereka pulang,aku naik ke bilik dan duduk di meja belajar ku. Meletakkan azam untuk belajar dan tiba-tiba aku sudah banjir. T.T Aku berehat dan berkenalan dengan kenalan baru. Aku jadi kekok bila berkawan dengan kawan-kawan dari utara. Tetapi aku senang berkawan dengan mereka. Aku menyusun semua barang-barangku dan berehat untuk seketika kerana waktu petang bermula lah minggu orientasi ku di sini..

not93